HABIS DIJUAL - TIADA LAGI UNIT DITAWARKAN
TAHNIAH KEPADA PEMOHON BERJAYA. BLOK PR1MA ASTRUM AMPANG DIJANGKA SIAP LEBIH AWAL PADA TAHUN 2026 INI.


1 Blok Mampu Milik dibawah program PR1MA, di sebahagian Astrum Ampang
Residensi Astrum Ampang (Tower A) adalah 1 dari 6 blok kediaman yang dibina dalam Astrum Ampang. Blok ini khas dibawah program PR1MA LPHS, bakal siap pada penghujung tahun 2026.
Secara menyeluruh, Astrum Ampang merangkumi pembangunan bercampur yang terdiri daripada kediaman SoHo Studio, SoHo Duplex, dan Pangsapuri Servis, serta pusat komersial. Pemenang Anugerah Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) ini terletak secara strategik di tengah-tengah Kuala Lumpur, dan kira-kira 150 meter sahaja ke LRT Jelatek (aliran Kelana Jaya).
Terletak di kawasan kejiranan yang mapan dan matang di Jalan Jelatek dan Jalan Ampang, pembangunan ini menyediakan akses mudah ke pengangkutan rail serta pelbagai lebuh raya utama seperti AKLEH, MRR2, DUKE, Jalan Ampang, dan lain-lain.
Bagi golongan profesional moden yang bekerja di pusat bandar Kuala Lumpur, pembangunan ini memenuhi keperluan generasi muda dengan pelbagai jenis kemudahan.
Pemohon kini berpeluang memiliki unit kediaman di lokasi yang strategik pada harga kawalan, sesuai sebagai aset pegangan masa depan yang sangat berfungsi.
Nikmati 62 Fasiliti Penduduk, kehidupan mewah, pada harga Mampu Milik di lokasi bernilai hartanah harga tinggi.
Antara yang menarik, termasuk:
(SEPT 2025)
Status dalam Pembinaan, siap 2026.